Pegawai Audit dari pihak MPC telah hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Seri Iskandar bagi tujuan Audit persekitaran 5S untuk penganugerahan Persijilan. Sesi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat IKBN Seri Iskandar di mana Tuan Pengarah, En Muzkhairil bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemahiran, En Amir-Kharul bin Daud selaku koordinator dan semua ketua sektor, sub sektor dan unit turut terlibat dalam taklimat tersebut. Tentatif pelaksanaan Audit adalah merangkumi pemeriksaan dokumentasi dan setiap sektor yang telah di tetapkan.