Rabu, 7 Disember 2011

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI IKBN SEPANG, SELANGOR PADA 06 DISEMBER 2011


Lawatan penandaarasan amalan 5S daripada pegawai dan kakitanagn Institut Kemahiran Belia Negara Sepang, Selangor ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 6 Disember 2011. Tujuan utama lawatan rasmi ini dilakasanakan adalah untuk memperolehi pengetahuan dan perjalanan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar. Satu Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim B. Basri selaku Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan 5S. 

 
Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang merupakan sektor 1 di mana pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan terutama sekali dari pengurusan sistem fail dan stor bekalan pejabat.

Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset ( CPPA ) yang merupakan unit kecil dalam sektor 5.

Para tetamu di bawa melawat ke Bengkel Kejuruteraan Elektronik  di mana amalan 5S dilaksanakan dan penyusunan peralatan di bengkel.


Para tetamu di bawa ke bengkel jahitan dan  Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan sedang memberi taklimat dan penerangan mengenai lebel dan penyediaan fail pelajar.


Para tetamu di bawa ke Sekolah Kejuruteraan Elektronik yang mana ianya merupakan sektor 5. Sektor 5 merupakan sektor yang cemerlang dan banyak menerima penganugerahan amalan 5S.
Para tetamu di bawa ke Unit Stor Pusat yang merupakan sektor yang cemerlang dalam kejayaan memperolehi pensijilan amalan 5S.


Sesi bergambar bersama para tetamu dengan Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar serta Jawatankuasa Induk 5S.
Majlis penyampaian cenderahati di mana Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar sendiri menyampaikan cenderahati tersebut kepada wakil dari IKBN Sepang, Selangor.