Khamis, 23 April 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPANA AMALAN EKSA SIRI 3/2015





SERI ISKANDAR, 22 APRIL 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 21 April 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan. 

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU pada bulan Mei 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada Asrama Lelaki dan Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat bagi kerja-kerja mengecat semula dinding dan ruang lobi. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. 

Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar.



Unit Stor Utama Bahagian Pentadbiran


Di Makmal Elektronik Industri 


Pelajar sedang mengalihkan peralatan elektrik 


Pelajar sedang mengecat tangga di Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik


Pelajar sedang memasang semula kompenan komputer 


Pembersihan di Bengkel Wiring Elektrik 


Pelajar sedang membaiki soket elektrik


Pengawal Keselamatan turut mengecat Pondok Kawalan 


Pelajar sedang mengecat dinding di Bangunan 


Pelajar sedang membersihkan tingkap makmal elektrik


Pelajar sedang di makmal elektrik


Kerja pembersihan di Bengkel Elektrik


Pelajar membuat sudut Go Green Di Asrama Lelaki


Sudut Go Green Di Dewan Utama