SERI ISKANDAR, 2 Mei 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan lawatan penandaarasan amalan 5S ke Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan pada 30 April 2013 bagi tujuan perkongsian ilmu dan pandangan dalam pelaksanaan amalan 5S serta pra persediaan dalam penyertaan Konvesyen QET 5S pada bulan Jun 2013 di P.Pinang. Rombongan ini telah disertai seramai 30 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Koordinator amalan 5S iaitu En. Amir-Kharul Bin Daud. Sebelum sesi lawatan dimulakan pihak urusetia telah mengadakan sesi taklimat di bilik kuliah dan para tetamu khusyuk mendengar taklimat disampaikan.
Selesai sesi taklimat, kami telah dibawa melawat kawasan sekitar institut terutama di kawasan pejabat pentadbiran dan bengkel. Di akhir sesi taklimat, penyampaian cenderamata dari pihak IKBN Seri Iskandar kepada ILP Pedas yang disampaikan oleh Koordinator 5S iaitu En. Amir-Kharul Bin Daud sebagai tanda penghargaan menerima kunjungan pihak IKBN Seri Iskandar dan sesi bergambar telah diadakan di ruang pejabat bersama Pengarah, ILP Pedas. Majlis tamat pada jam 05.00 petang.
Koordinator amalan 5S IKBN Seri Iskandar En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan cenderamata kepada wakil pihak ILP Pedas, Negeri Sembilan.
Bacaan doa diadakan sebagai tanda kesyukuran kedatangan pihak IKBN Seri Iskandar
En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan ucapannya di sesi taklimat yang telah sediakan oleh pihak urusetia
Sesi taklimat dalam pengurusan fail di pejabat pentadbiran
Teknik pencarian fail dengan mudah dan cepat
Suasana di pejabat pentadbiran dalam suasana amalan 5S
Suasana di bengkel yang tersusun dan kemas
Suasana pembelajaran sedang berjalan yang melaksanakan amalan 5S
Berkesempatan mengambil gambar hasil inovasi yang telah dihasilkan oleh pihak institut
Sesi bergambar bersama pengarah, ILP Pedas
Susuana peralatan pembersihan di dalam bengkel
Susunan mesin dan peralatan yang tersusun rapi