Khamis, 15 Oktober 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


SERI ISKANDAR,  13 OKTOBER 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 13 Oktober 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan.

       Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 22-23 Oktober 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.

        Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar


Pelajar sedang membasuh jaring lampu di Makmal Elektronik 


Memasang Banner Utamakan Keselamatan di setiap Makmal 


Pelajar membantu melekatkan stiker laluan kecemasan di setiap laluan dikenalpasti


Membuang sawang dan habuk pada jaring lampu


Membersihkan cermin dan getah hos reel di setiap lobi makmal


Membuang sawang dan habuk 



Mengemas dan menyusun peralatan di stor penyimpanan Jabatan Teknologi Maklumat


Pelajar membantu mengemaskini dan merekabentuk sudut di sektor 4


Penyusunan semula di makmal multimedia agar kelihatan kondusif


Menyusun semula kerusi di stor 


Membuang sampah dan kotak yang tidak digunakan 


Pengajar dan pelajar bersama-sama mengemas dan membersihkan pejabat pengajar elektrik


Membuang sawang di Makmal Wireless


Membersihakn dan mengemas di Makmal Rangkaian


Menyedut sampah di Makmal Pengaturcaraan 


Mencuci meja pembelajaran agar sentiasa bersih


Menggantung Banner EKSA di Lobi Pentadbiran 


Memasang semula jaring yang telah dibersitemhkan di tempat asal


Pelajar membuang papan tanda yang telah rosak 


Penyusunan semula pendawaian komputer 


Pelajar sedang mengukur banner sebelum memasang