SERI ISKANDAR, 26
OKTOBER 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Audit Ekosistem Kondusif sektor Awam (EKSA) pada 22 Oktober 2015 jam
9.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Pegawai Audit dari Unit Pemodenan Tadbir Dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) seramai 2 orang iaitu En. Ahmad Najme Bin Muhamamad ( Ketau Pasuakn ) dan En. Hishamuddin Bin Ahmad.
Satu mesyuarat pembukaan audit telah
diadakan di mana Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah, IKBN Seri Iskandar bersama
En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan
En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
serta Ahli jawatankuasa Induk hadir.
Sesi taklimat mengenai latar belakang pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinaotr EKSA IKBN Seri Iskandar dan disusuli taklimat pelaksanaan audit oleh juruaudit. Pemeriksaan Audit ini merangkumi dokumentasi setiap jawatankuasa dan pemeriksaan setiap sektor dan pejabat.
Sesi taklimat mengenai latar belakang pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinaotr EKSA IKBN Seri Iskandar dan disusuli taklimat pelaksanaan audit oleh juruaudit. Pemeriksaan Audit ini merangkumi dokumentasi setiap jawatankuasa dan pemeriksaan setiap sektor dan pejabat.
Pemeriksaan ini
akan mengambil masa selama 1 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00
petang. Di akhir program, sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran
bersama Pengarah IKBN Seri Iskandar dan Jawatankuasa Induk EKSA
Mesyuarat Pembukaan Audit EKSA telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk dan Juruaudit MAMPU
Pn. Noorhafizah Bt Isa selaku Pengacara Majlis sesi taklimat Audit EKSA
En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar memberi taklimat pelaksanaan EKSA
En. Ahmad Najme Bin Muhammad ( Ketua Pasukan ) memberi taklimat aturcara audit
Sesi soal jawab daripada juruaudit kepada ketua sektor
Pemeriksaan di Makmal Rangkaian Komputer di Jabatan Teknologi Maklumat
Teguran daripada juruaudit tatacara penyimpanan kunci
Pemeriksaan di Sudut EKSA di Sektor 5 di Jabatan Pengajian Umum
Teguran daripada juruaudit mengenai kad Kew.pa 7
Lawatan juruaudit di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Latihan
Pn. Shakila Bt Zainal memberi taklimat mengenai kompenan peralatan elektrik kepada juruaudit
Pemeriksaan di stor peralatan makmal Elektronik
Pemeriksaan di raung kerja di Cawangan Penyelarasan dan Kualiti ( CPKK )
Sesi taklimat penutupan audit oleh juruaudit hasil penemuan
Sesi bergambar bersama Jawatankuasa Induk dengan Juruaudit EKSA MAMPU
Penyampaian Cenderahati kepada Juruaudit oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar