SERI ISKANDAR, 18 FEBRUARI
2014 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI )
telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) . Jesteru itu, satu program gotong-royong
perdana telah telah diadakan pada 17 Februari 2015 merangkumi semua
bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai
penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar
serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan
secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu
langkah bagi mempraktikkan budaya EKSA untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan
IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan
persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah
diadakan dan pembahagian pelajar mengikut sektor . Tujuan utama program ini
dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit EKSA
yang akan diadakan pada bulan Februari 2015 dengan identiti baru mengikut
syarat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU
Pelajar sedang membersihkan tingkap bengkel di Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik Industri
Pelajar sedang membersihkan dan memberus lantai agar kelihatan bersih dan berkilat di Jabatan Teknologi Maklumat
Proses melebel pada fail mengikut standard yang telah ditetapkan olej Jawatankuasa Standard EKSA IKBN Seri Iskandar
Menggantung banner dan banting EKSA bagi mempergiatkan lagi aktiviti promosi
Celah-celah besi gerigi tidak ketinggalan dibersihkan juga di mana habuk mudah kelihatan
Proses melebel pada laci dan almari mengikut ruang kerja pegawai
Menggantung banner EKSA di Dewan Dato Maharajalela