Jumaat, 28 September 2012

PRA AUDIT AMALAN 5S

  
SERI ISKANDAR  -  01 Oktober 2012,  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah berlangsung Pra Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Malaysia Productivty Corporation ( MPC) pada 28 September 2012 jam 09.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar. Pelbagai aturcara sempena Pra Audit Amalan 5S ini berlangsung di mana pihak urusetia telah merancang bagi menjayakan pra audit tersebut. Majlis dimulai dengan ketibaan pegawai audit dari pihak Wilayah Utara MPC iaitu En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai. Ketibaan rombongan disambut oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S dan semua AJK Induk 5S.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli dan seterusnya tayangan montaj IKBN Seri Iskandar serta aktiviti 5S. Majlis diteruskan dengan taklimat pelaksanaan amalan 5S yang telah disampaikan oleh Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri bagi memberikan secara keseluruhan semua aktiviti dan pelaksanaan Amalan 5S IKBN Seri Iskandar dijalankan. Setelah selesai majlis diteruskan dengan sesi pemeriksaan dokumentasi 5S oleh pegawai audit. Semua dokumen induk 5S diperiksa bagi memenuhi kriteria persijilan amalan 5S dan disusuli dengan lawatan ke semua zon yang diiringi oleh koordinator amalan 5S IKBN Seri Iskandar, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama ketua unit setiap zon. 
Sesi taklimat penutupan pra audit telah diadakan di mana wakil dari pihak MPC telah membentangkan laporan hasil audit terhadap semua pemerhatian yang dijalankan. Secara keseluruhan Pra Audit Persijilan Amalan 5S terhadap semua zon IKBN Seri Iskandar memuaskan dan perlu penambahbaikan dilakukan di beberapa tempat sebelum audit sebenar berlangsung.

 
En. Abdul Rahim Bin Basri selaku Ketua Jawatankuasa Latihan membentangkan aktiviti amalan 5S kepada wakil audit MPC dan semua pegawai setiap jawatankuasa induk dan pelaksana.

  
En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai membentangkan tentatif pra audit kepada semua pegawai yang hadir. 

En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai sedang mendengar taklimat dan memeriksa dokumen daripada Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan 5S.

En. Abdul Rahim Bin Basri daripada Jawatankuasa Latihan menerangkan aktiviti yang telah dilaksanakan kepada En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai.


En. Amir-Kharul Bin Daud mengiringi Pegawai Audit melawat ke stor bengkel audio bagi melihat pelaksanaan amalan 5S.

Sesi taklimat penutupan pra audit telah diadakan di mana wakil dari pihak MPC telah membentangkan laporan hasil audit terhadap semua pemerhatian yang dijalankan.
Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah dan semua jawatnkuasa induk 5S diadakan setelah selesai sesi penutupan pra audit.