Khamis, 11 Oktober 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S KALI KETIGA

IKBN SERI ISKANDAR - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan persekitaran berkualiti amalan 5S. Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana kali ke 3 telah diadakan pada 10 Oktober  2012 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan amalan 5S untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.

         Satu majlis perasmian telah diadakan di mana Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli diiiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee bersama Ketua Cawangan, Unit Kawalan Kualiti Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri  hadir di majlis tersebut. Ucapan kata-kata perangsang dan semangat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sebelum program gotong-royong perdana dijalankan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi pra audit dari pihak MPC pada 24 Oktober 2012 bagi memperbaharui sijil amalan 5S yang bakal tamat tempoh pada 11 Oktober 2012.

 
Para Pelajar sedang mendengar kata-kata perangsang daripada Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli sebelum memulakan program.


Ketua-ketua jabatan mewakili zon masing-masing siap sedia menerima pelajar bagi program gotong-royong perdana amalan 5S.


Ketua jabatan Teknologi Maklumat En. Ahmad Fairuz Bin Saad sedang memberi taklimat kepada para pelajar.

Pelajar bertungkus-lumus membersihkan cermin tingkap pejabat dengan penuh rasa keriangan.

Pelajar sedang membersihkan cermin tingkap di Unit Cawangan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset ( CPPA ).

Pelajar membersihkan dan menyusun peralatan pejabat yang telah digunakan ke tempat asal.


En. Raja Muadzam Shah Bin Raja Mohd Noor di bantu pelajar sedang menggemas bilik beliau agar kelihatan berseri dan kemas.

Penglebelan pada setiap sudut 5S amat penting supaya info yang dipapar sentiasa terkini.


Pelajar sedang menyedut habuk dan sampah yang berada di kapet surau supaya ianya sentiasa ceria dan bersih.

Pelajar mengecat pasu bunga di setiap kawasan agar ianya kelihatan cantik dan bersih serta memberikan ketenangan apabila memandangnya.