Selasa, 17 Januari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN 5S OLEH SEK.MEN.VOKASIONAL SERI ISKANDAR, PERAK


17 JANUARI 2012 - Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar, Perak telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Kemahiran Belia Negera Seri Iskandar bagi tujuan lawatan penandaarasan persekitaran berkualiti amalan 5S pada 16 Januari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat jam 10.00 pagi. Satu sesi taklimat pengenalan amalan 5S diadakan yang mana ianya telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri selaku Jawatankuasa Latihan ( 5S ). Lawatan ini turut disertai Penolong Kanan, Kokurikulum iaitu Pn. Zahalida Bt. Aziz bersama pegawai dan kakitangan seramai 18 orang. Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad diiringi Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan ( Kemahiran ) En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En. Mohd Adzlee Lee serta Jawatankuasa Induk ( 5S ) turut terlibat sama dalam sesi lawatan ini. Para tetamu telah di bawa melawat ke beberapa bahagian dan sektor seperti Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Unit Stor dan sektor 5 yang merupakan sektor yang banyak menerima penganugerahan amalan 5S. Sesi bergambar para tetamu bersama Jawatankuasa Induk Amalan 5S telah diadakan di ruang legar utama Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.


Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan pelaksanaan amalan 5S yang diamalkan sambil mengambil gambar sebagai panduan dan rujukan.


Peserta lawatan di bawa ke Perpustakaan bagi melihat suasana pelaksanaan amalan 5S dijalankan.


Para tetamu sedang meninjau pelaksanaan amalan 5S di makmal Elektronik Industri. 

 

Peserta lawatan di bawa ke  unit stor pusat  untuk melihat pelaksanaan amalan 5S.


Para peserta di bawa ke Unit Pengajian Umum yang merupakan unit yang banyak memperolehi anugerah amalan 5S.


Para tetamu berkesempatan mengambil gambar bersama Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad bersama Ahli Jawatankuasa Induk Amalan 5S.






Khamis, 12 Januari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN 5S DARI IKBN BUKIT MERTAJAM, P.PINANG



11 Jan 2012 -  Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam, P.Pinang telah membuat lawatan rasmi penandaarasan ( Amalan 5S ) ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. Lawatan ini telah diketuai oleh En. Muhammad Tarmizi bin Yushak dengan beberapa pegawai serta kakitangan yang lain. Satu sesi taklimat telah diadakan di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan, En. Amir-Kharul B. Daud telah memberi taklimat tersebut. Sesi lawatan telah diatur terutamanya di bahagian Pentadbiran dan Kewangan, sektor 5 dan Stor Pusat.
 
 Para Jemputan mengambil kesempatan bergambar bersama Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad sebelum berangkat balik.

Rabu, 11 Januari 2012

LAWATAN RASMI PENANDAARASAN 5S OLEH JABATAN BELIA DAN SUKAN, PERAK PADA 10 JANUARI 2012

10 Januari 2012 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan ( Amalan 5S ) ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 10 Januari 2012 di Bilik Pnuematik jam 2.30 petang. 

Para pegawai dan kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri perak berarak masuk ke Bilik Pnuematik, IKBN Seri Iskandar, Perak.

Pengarah , Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak En. Mohd Azhari Bin Mohamad turut serta dalam lawatan penandaarasan ( amalan 5S ) tersebut.

Para jemputan hadir di Bilik Pneumatik bagi mendengar sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan amalan 5S.
Tuan Pengarah, En. Muzkhairil B. Muhamad memberi ucapan kepada para jemputan mengenail pelaksanaan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar.

Para jemputan di bawa melawat ke bahagian dan sektor bagi melihat sendiri keadaan pelaksanaan amalan 5S di kawasan tersebut.

 
 Para jemputan di bawa melawat ke sudut 5S di sektor lima yang merupakan sektor terbaik dan banyak menerima anugerah amalan 5S. Para pegawai berkesempatan mengambil gambar pelaksanaan amalan 5S sebagai panduan dan rujukan.