15 JUN 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi mencatat dalam sejarah tersendiri di mana berjaya membina menara amalan 5S oleh para pelajar Jurusan Elektronik Industri sem 4 yang memakan masa selama 1 bulan. Idea dan kreativi ini tercetus adalah daripada tenaga pengajar Jurusan Elektronik Industri itu sendiri iaitu En. Balamurugan a/l Kuppusamy bersama pelajar serta Jawatankuasa Induk 5S. Satu majlis perasmian telah diadakan pada 15 Jun 2012 jam 08.30 pagi bertempat di tapak menara amalan 5S yang dihadiri oleh Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee dan Jawatankuasa Induk 5S serta pelajar IE. Kejayaan ini adalah merupakan rasa tanggungjawab, kerjasama berkumpulan dan komitmen di antara pelajar dengan kalangan kakitangan IKBN Seri Iskandar.
En. Mohd Megat Kamarul Bahri Bin Megat Zambri sedang menujukan cara-cara menanam cerucuk besi kepada pelajar bagi membuat tapak menara 5S.
Pelajar sedang membuat ukuran untuk menyambung palang menara 5S
Para pelajar sedang memotong tiang besi bagi membuat tapak penyambungan palang menara 5S.
Pelajar sedang mengecat Logo Amalan 5S
Proses membuat pendawaian elektrik untuk memasang lampu di menara 5S.
Pelajar bertungkus lumus mengosok di permukaan Logo Amalan 5S sebelum proses mengecat dijalankan.
Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Muzkhairil Bin Muhamad memberi ucapan sempena Majlis Perasmian Menara Amalan 5S kepada hadirin yang hadir.
Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Muzkhairil Bin Muhamad memotong bunga sebagai tanda merasmikan Menara Amalan 5S.