Jumaat, 9 November 2012

PENSIJILAN SEMULA AMALAN 5S KALI KEDUA BAGI IKBN SERI ISKANDAR

 
SERI ISKANDAR, 8 NOV 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah berlangsung Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S oleh pihak Malaysia Produktiviti Corporatioan ( MPC ) pada 08 November 2012 jam 09.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Ketibaan pegawai dari pihak MPC telah disambut oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S dan semua Jawatankuasa Induk dan Pelaksana. Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh koordinator amalan 5S En. Amir-Kharul Bin Daud dan seterusnya tayangan montaj IKBN Seri Iskandar serta aktiviti amalan 5S. Majlis diteruskan dengan taklimat pelaksanaan amalan 5S yang telah disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri bagi memberikan secara keseluruhan semua aktiviti dan pelaksanaan amalan 5S IKBN Seri Iskandar dijalankan.

      Majlis diteruskan dengan sesi pemeriksaan dokumentasi amalan 5S oleh pegawai audit. Semua dokumen induk dan pelaksana diperiksa bagi memenuhi kriteria pensijilan amalan 5S dan disusuli dengan lawatan ke semua zon yang diiringi oleh koordinator amalan 5S IKBN Seri Iskandar bersama ketua unit setiap zon. Sesi taklimat penutupan audit telah diadakan pada jam 12.30 tengahari di mana wakil MPC telah membentangkan hasil laporan audit terhadap semua pemerhatian yang dijalankan. Secara keseluruhan Audit Pensijilan Amalan 5S kali kedua dengan memperolehi pencapaian yang cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar kerana mengekalkan prestasi pelaksanaan amalan 5S dan diharapkan prestasi ini dipertingkatkan lagi di masa akan datang.
 
 
Sesi taklimat kepada semua ketua sektor dan jawatankuasa Induk Amalan 5S oleh Pegawai Audit 5S dari pihak Malaysia Produktivity Corporation ( MPC ) sebelum memulakan pengauditan.


Pn. Norhasimah Binti Ibrahim membuat pemeriksaan dokumen induk Jawatankuasa Latihan dan sesi soal jawab kepada En. Abdul Abdul Rahim Bin Basri selaku Ketua Jawatankuasa Latihan.

 
Ketua Jawatankuasa Audit Dalaman 5S En. Mohd Adzlee@Lee memberi taklimat kepada Pn. Norhasimah Binti Ibrahim mengenai pelaksanaan amalan 5S di Makmal Multimedia.


En. Ahmad Fairuz Bin Saad selaku Ketua Sektor 4 menunjukkan hasil inovatif amalan 5S oleh pelajar kepada Pegawai Audit MPC.

Cik Gayathiri a/p Jaya Krishnan memberikan penerangan sudut amalan 5S. 

Cik Gayathiri a/p Jaya Krishnan menunjukkan hasil inovasi pelajar

Pn. Norhasimah Binti Ibrahim memberikan penerangan mengenai penandaan anak kunci asrama wanita kepada penyelia asrama dan pengawal keselamatan serta pengawalan anak kunci tersebut.

Penyelia Asrama Pn. Siti Rodiah Binti Hamid membawa Pegawai Audit MPC melawat kawasan bilik wanita serta memberi penerangan mengenai pelaksanaan amalan 5S
  

Sesi gambar bersama Jawatankuasa Induk dan Pelaksana Amalan 5S IKBN Seri Iskandar bersama Pegawai Audit ( MPC ) setelah berjaya memperbaharui Sijil Amalan 5S kali Kedua.

Khamis, 8 November 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S KALI KE 4


KBN SERI ISKANDAR, 7 NOV 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan persekitaran berkualiti amalan 5S. Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana kali ke 4 telah diadakan pada 10 Oktober 2012 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan amalan 5S untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
                 Satu majlis perasmian telah diadakan di mana Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli diiiringi oleh  Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar, En. Amir-Kharul Bin Daud  bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En.Mohd Adzlee@Lee serta pegawai dan pelajar hadir di majlis tersebut. Ucapan kata-kata perangsang dan semangat telah disampaikan oleh Tuan Pengarah sebelum program gotong-royong perdana dijalankan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi pra audit dari pihak MPC pada 08 November 2012 bagi memperbaharui sijil amalan 5S yang bakal tamat tempoh pada 11 Oktober 2012.

Para pelajar berkumpul di dalam Dewan Dato Maharajalela bagi mendengar amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli.

Koordinator Amalan 5S En. Amir-Kharul Bin Daud memberikan kata-kata semangat dan perangsang sebelum memulakan program gotong-royong.


 Para pelajar telah dibahagi-bahagikan mengikut mengikut sektor masing-masing.


Pelajar bertungkus-lumus membersihkan gerigi pintu pejabat Cawangan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset


Pelajar sedang membersihkan bilik kuliah dan menyusun kerusi mengikut tanda petak  yang telah dibuat


En. Amir-Kharul Bin Daud tidak ketinggalan membersihkan dan melebel semula ruang kerja di pejabat.


Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal B. Ramli turut memantau kawasan dalam program gotong-royong yang dijalankan.


Pekerja pembersihan tidak ketinggalan turut membantu terlibat dallam program gotong-royong


Khamis, 1 November 2012

LAWATAN PENANDAARASAN KE KILANG PROTON TANJUNG MALIM, PERAK

 

TANJUNG MALIM, 01 NOV 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan lawatan penandaarasan persekitaran amalan 5S ke Kilang Proton, Tanjung Malim, Perak pada 30 Oktober 2012 jam 10.45 pagi. Lawatan penandaarasan ini adalah anjuran Jawatankuasa Induk bersama Jawatankuasa Promosi bagi melihat dan gambaran pelaksanaan amalan 5S yang dilakukan di kilang tersebut. Seramai 20 pegawai dan kakitangan dari IKBN Seri Iskandar turut serta di dalam program lawatan ini.
      Pegawai dari pihak Proton menyambut kedatangan dari pihak IKBN Seri Iskandar dan di bawa ke dewan bagi sesi taklimat mengenai pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan. Sebelum berangkat balik, sesi bergambar dan penyampaian cenderamata telah diadakan di mana wakil dari IKBN Seri Iskandar iaiti En. Raja Muadzam Shah Bin Raja Mohd Noor menyampaikan cenderamata kepada wakil proton. Sesi lawatan tamat pada jam 12.45 tengahari.