Rabu, 18 Disember 2013

HARI AMALAN 5S DISEMBER 2013


LAWATAN AUDIT MPC BAGI PENSIJILAN SEMULA AMALAN 5S


Ketibaan JuruAudit Malaysia Productivity Corporation (MPC) Pejabat Wilayah Utara
 SERI ISKANDAR,15 NOVEMBER 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah menjalani sesi pengauditan semula Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE/5S ) bagi tahun 2013. Sesi pengauditan semula ini telah dilaksanakan oleh Pn. Jue Azwa, juruaudit dari pada Malaysia Productivity Corporation ( MPC ) Pejabat Wilayah Utara pada hari khamis bersamaan 14 November 2013 jam 09.00 pagi di Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar. Program audit ini telah dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Tn. Hj, Fisal Bin Ramli , Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap koordinator Amalan 5S serta turut dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator dan ketua setiap zon. Pada mesyuarat tersebut juga, satu taklimat mengenai pelaksanaan amalan 5S IKBNSI telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt. Ishak selaku Jawatankuasa Latihan 5S.
   Sesi pengauditan semula ini diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S dan Jawatankuasa Pelaksana 5S ( Latihan, Promosi, Audit Dalam dan Seranta ). Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Jawatankuasa Pelaksana 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di setiap zon bermula dengan Zon 1 hingga zon 5. Setelah selesai sesi pengauditan, juruaudit telah memamklumkan rumusan serta hasil penemuan audit tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa penemuan turut dimaklumkan untuk melaksanakan penambahbaikan. 
          Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan amalan 5S. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang. 

 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn.Haji Fisal Bin Ramli

Pn.Jue Azwa memerhati sudut  dokumen perlaksanaan aktiviti 5S
.Lawatan pihak  JuruAudit  MPC di Bahagian Pentadbiran
Pn.Jue Azwa memberi penerangan kepada Pn Siti Suhaila
Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBNSI kepada JuruAudit MPC