SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2014 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan
membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan persekitaran berkualiti
amalan 5S. Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana buat kali - 4 telah
diadakan pada 19 November 2014 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program
ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling
efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti
dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program
gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan
amalan 5S untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke
arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang
cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah diadakan dan pembahagian
pelajar mengikut sektor . Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk
persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit 5S yang akan diadakan pada
bulan Disember 2014 dengan identiti baru mengikut syarat pensijilan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU
Pelajar sedang membersihkan Ketua Unit Hubungan Industri
Pelajar turut membantu dalam melaksanakan amalan 5S
Memastikan budaya amalan 5S sentiasa diamalkan
Pengajar dan pelajar bersama-sama membersihkan Bengkel Elektrik
Pelajar membersihkan di Makmal Fiber Optik