SERI ISKANDAR, 31 MAC 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (
IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah
mengimplementasikan budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) .
Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana telah telah diadakan
pada 30 MAC 2015 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini
melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif
untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam
sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program
gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi
mempraktikkan budaya EKSA untuk menzahirkan kecekapan dan
keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek
pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah
diadakan dan pembahagian pelajar mengikut sektor. Tujuan utama program ini
dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit EKSA
yang akan diadakan pada bulan Februari 2015 dengan identiti baru
mengikut syarat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU.
Aktiviti gotong-royong merangkumi setiap sudut dan stor
Proses melebel dan mengemaskini sudut setiap sector
Proses liminit pegawai yang bertanggungjawab setiap lokasi mengikut standard yang telah ditetapkan
En. Kishore Kumar A/L Ayyawoo sedang melebel fail
Pelajar turut membantu melebel dan menampal info terkini di Bahagian Pentadbiran