Jumaat, 22 April 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKTBN SEPANG


SERI ISKANDAR, 21 APRIL 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang pada 20 April 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Lawatan penandaarasan ini disertai 20 orang kakitangan dan dihadiri Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA serta jawatankuasa induk.

Sesi taklimat mengenai pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh Pn. Syakilla Bt Zainal dibawah Jawatankuasa Latihan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan projek-projek inovasi yang dibangunkan digunapakai contoh Menara 5S dan beberapa projek inovasi lain.

Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak


Sesi taklimat kepada peserta lawatan dari IKTBN Sepang


Penyampaian cenderahati dari wakil IKTBN Sepang kepda Tn. Hj. Fisal Bin Rami, Pengarah IKBN Seri Iskandar


Taklimat pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh Pn. Syakilla binti Zainal 


Lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan


Sebahagian peserta lawatan meninjau persekitaran pejabat pelaksanaan EKSA


Pn. Azizah Bt Hussin menerangkan sistem fail 


Pn. Syakilla Bt Zainal menerangkan fungsi pelan pejabat dan kedudukan suis lampu 


Lawatan di kawasan lobi surau pentadbiran


Melawat ke Asrama Tun Fatimah