Jumaat, 13 Mei 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI ILP PEDAS, NEGERI SEMBILAN


IKBN SERI ISKANDAR, 12 MEI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan pada 11 Mei 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Lawatan penandarasan ini diketuai oleh Puah Yee Peng, Ketua Unit CESS.PLV - J41 bersama 20 pelajar. Turut hadir sama Pn. Halimah Bt Bajuri, Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan bersama semua jawatankuasa Induk EKSA. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh Pn. Syakilla Bt Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan projek-projek inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh menara 5S, pasu dari tayar kereta dan beberapa projek inovasi lain.

Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak.


Sebahagian pelawat yang hadir di Bilik Mesyuarat 


Pn. Halimah Bt Bajuri mempengerusi sesi taklimat 


Pn. Shakila Bt Zainal memberi taklimat mengenai EKSA di IKBN Seri Iskandar


Sesi lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan 


Sesi lawatan di Asrama Tun Fatimah


Pn. Siti Rodiah Bt Hamid memberi taklimat pelaksanaan di Asrama 


Lawatan ke Bengkel di Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik


En. Mohamed Haniff Bin Abdullah memberi taklimat pelaksanaan di Bengkel


Sesi bergambar bersama pelawat