SERI ISKANDAR, 18 MEI 2016 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja
menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan
warga di sesebuah organisasi. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran
Belia Negara Seri Iskandar mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu
semula pada 18 Mei 2016 jam 2.00 petang bertempat di setiap zon. Gotong-royong
tersebut turut melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar termasuk syarikat
pembersihan memandangkan IKBN Seri Iskandar telah memperolehi Sijil Ekosistem
Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) baru-baru ini sekaligus memaparkan institut ini
kelihatan kondusif.
Program ini memberi peluang kepada semua kepada semua pelajar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan sebagai warga IKBN Seri Iskandar dan semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara warganya.
Program ini memberi peluang kepada semua kepada semua pelajar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan sebagai warga IKBN Seri Iskandar dan semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara warganya.
Budaya gotong-royong bagi warga IKBN Seri Iskandar perlu diadakan demi kebaikan semua pihak dan bukan jadi satu alasan kita meminggirkan gotong-royong sebaliknya terus berusaha kerana banyak kerja dapat diselesaikan dengan kerjasama antara satu sama lain. Kesimpulannya program ini dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan silaturrahaim antara kakitangan dengan pelajar serta pekerja syarikat pembersihan
Pelajar sedang menyusun buku-buku log latihan industri
Membersihkan kawasan di surau wanita
Menyusun fail di Pejabat Cawangan Pengurusan Pelajar
Pelajar membantu membersihkan dan menyusun di stor simpanan fail
Membersihkan di kawasan bengkel
Membersihkan di kawasan stor peralatan
Membersihkan cermin di bengkel
Pelajar membantu Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain menampal stiker label aset
Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain memberi stiker kepada pelajar untuk menampal pada setiap meja di Dewan
Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri turut membantu membersihkan pejabatnya