Jumaat, 19 Ogos 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKTBN PAGOH

 
 
SERI ISKANDAR, 18 OGOS 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh pada 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En. Mohd Yusuff Bin Gundei bersama 5 kakitangan dan turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama Jawatankuasa Induk EKSA.
 
Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA  di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil lawatan tersebut terutama berkaita projek-projek inovasi yang dibangunkan dan digunapakai.
 
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak.
 

 
 
Lawatan di Makmal

 
Di pejabat Jabatan Pengajian Umum

 
En. Kishore Kumar sedang memberi maklumat EKSA

 
 
Lobi pejabat pengajar Bahagian Elektronik Industri

 
 
Di Makmal Multimedia Pengarangan

 
Lobi Pejabat Asrama Tun Fatimah

 
Ruang Pejabat Penyelia Asrama

 
Stor simpanan bahan mentah dewan makan


Sesi bergambar bersama AJK Induk EKSA 

 
Penyampaian cenderahati kepada wakil IKTBN Pagoh oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Koordinato EKSA IKBN Seri Iskandar

Selasa, 9 Ogos 2016

MAJLIS GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 2/2016

 
SERI ISKANDAR, 8 OGOS 2016 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.
 
Aktiviti bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
 
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar.


 
Membersihkan kawasan kolam ikan mengguna mesin air

 
Memastikan surau Ibnu Sinar dalam keadaan ceria dan bersih

 
Stor peralatan kelengkapan pakaian pelajar bersih dan kondusif


Kakitangan juga turut sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan stor

 
Membuang sawang di celah alat penghawa dingin dewan

 
Menyusun kerusi banquet di dalam stor

 
Pelajar turut membantu membersihkan pondok pengawal


 
 
Membersihkan alas meja kerja supaya memberi keselesaan sesi pembelajaran

 
 
Membersihkan makmal komputer dalam keadaan kondusif dan selesa
 
 
Mengemas peralatan di bengkel elektrik

 
Kawasan lobi bangunan Jabatan Teknologi Maklumat


 
Makmal Multimedia Pengarangan

 
Bilik Studio