SERI ISKANDAR, 16 NOVEMBER 2016 - Dengan kejayaan Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi
luar iaitu ADTEC Taiping, Kolej Komuniti Sg. Siput Dan Hospital Tapah pada 18 November 2016 2.30 petang bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama.
Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah,
Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar
bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn.
Shakila Bt. Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi
melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan
ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir
rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran.
Wakil dari ADTEC Taiping memberi kata aluan
Wakil dari Hospital Tapah memberi kata aluan
En. Amir-Kharul Bin Daud memberi cenderahati kepada wakil ADTEC Taiping
En. Amir-Kharul Bin Daud memberi cenderahati kepada wakil Kolej Komuniti Sg. Siput
En. Amir-Kharul Bin Daud memberi cenderahati kepada wakil Hospital Tapah
Sesi taklimat dibentang oleh Pn. Shakla Bt Zainal
Lawatan ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
Melihat bilik fail utama jabatan
Lawatan ke pejabat Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar
En.Amir-Kharul sedang memberi taklimat EKSA
Melihat lawatan ke Stor Pusat
Lawatan ke Bengkel Elektrik 2
Lawatan ke Jabatan Pengajian Umum
Sesi bergambar dari Hospital Tapah
Wakil daripada Kolej Komunitii Sg. Siput.
Sesi bergambar dari ADTEC Taiping