Selasa, 13 Disember 2016

PERKONGSIAN ILMU PENGAMALAN EKSA BERSAMA AGENSI / JABATAN LUAR


PARIT, 13 DISEMBER 2016 - Dengan kejayaan IKBN Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), sekali lagi IKBN Seri Iskandar mengambil inisiatif dengan mengadakab Klinik EKSA kepada Agensi / Jabatan luar yang memerlukan panduan dan tunjuk ajar dalam pelaksanaan Ekosistm Kondusif Sektor Awam (EKSA) di agensi sendiri merangkumi cara-cara penyediaan dokumen. Program ini telah diadakan di Klinik Pergigian Parit pada 9 Disember 2016 jam 9.00 pagi.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor dibantu oleh Cik Yeow Ying Ying, Jawatankuasa Audit, Pn. Usah a/p Parmasavam, Setiausaha dan Pn. Nur Ishah Bt Ishah, Jawatankuasa Latihan. Program ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Klinik Pergigian Parit seramai 20 orang dan ianya merupakan agensi yang pertama bagi program ini. Program ini merupakan program amal yang pihak IKBN Seri Iskandar sendiri ambil inisiatif untuk mengadakan ruang perkongsian ilmu bersama agensi / jabatan luar.

Selain itu, pihak urusetia telah menyediakan pelbagai acara bagi memeriahkan lagi klinik EKSA ini dengan mengadakan kuiz EKSA kepada para pegawai dan kakitangan yang hadir semasa program ini. Keseluruhannya peserta kursus memberi respon yang baik dan tidak secara langsung memberi impak yang besar terhadap penganjuran Klinik EKSA ini. Program tamat pada jam 12.00 tengahari