SERI ISKANDAR, 16 FEBRUARI 2017 - Dengan kejayaan
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem
Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan
agensi dari luar iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut pada 15
Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 40
orang.
Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud,
Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN
Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan
oleh Pn. Nur Ishah Bt Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para peserta rombongan
telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA
dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info
yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA )
di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi
pentadbiran
Penyampaian Cenderahati
Lawatan di Pejabat Pentadbiran
Lawatan di Pejabat En. Amir-Kharul Bin Daud
Lawatan di Makmal Elektrik
Taklimat yang disampaikan oleh En. Mohamed Haniff Bin Abdullah