SERI
ISKANDAR, 16 MAC 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi
Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar
menerima lawatan agensi dari luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Pelajaran
Negeri Perak pada 15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik
Mesyuarat Utama seramai 8 orang.
Turut
hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri
Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian
Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli
Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Binti
Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para
peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan
pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi
serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar
telah diadakan di lobi pentadbiran
Sesi bergambar bersama peserta lawatan