SERI
ISKANDAR, 18 MEI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi
Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar
menerima lawatan agensi dari luar iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Kulim, Kedah pada 17 Mei 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik
Mesyuarat Utama seramai 14 orang.
Turut
hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri
Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian
Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli
Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para
peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan
pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi
serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar
telah diadakan di lobi pentadbiran
Sesi taklimat oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor
Sesi bergambar bersama peserta rombongan
Penyampaian Cenderahati dari Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber ADTEC Kulim
Penyampaian Cenderahati dari Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber ADTEC Kulim kepada Pengarah IKBN Seri Iskandar
Lawatan di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Sudut EKSA dari Sektor Orchid
Lawatan ke Perpustakaan
En. Mohamad Hanif Bin Abdullah memberi taklimat pelaksanaan EKSA di Perpustakaan
Lawatan Makmal Elektronik
Lawatan ke Asrama Tun Fatimah
Lawatan di Dewan Makan
Sesi tandatangan di Buku Lawatan Rasmi