SERI
ISKANDAR, 21 JUN 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi
Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar
menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
Pertak, Selangor pada 20 Jun 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik
Mesyuarat Utama seramai 30 orang. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Johana Bt
Yusof.
Turut
hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri
Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian
Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli
Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah
Bin Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.
Para
peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan
pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi
serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar
telah diadakan di lobi pentadbiran
Sesi taklimat pelaksanaan EKSA oleh IKBN Seri Iskandar
En. Amir-Kharul Bin Daud koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar memberi respon daripada peserta lawatan
Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil UITM Seri Iskandar, Perak
Lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Melihar sudut EKSA di Bahagian Pentadbiran
Sesi bergambar bersama peserta lawatan