Rabu, 19 Disember 2018
Rabu, 21 November 2018
Khamis, 27 September 2018
LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERLIS
PERLIS, 27 SEPTEMBER
2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri
Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
( EKSA ) pada 27 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Akauntan
Negara Negeri Perlis. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul
Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator
EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.
Sesi taklimat
mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan
berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai
EKSA.
Peserta lawatan telah
dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama
sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan
amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut
kami
Khamis, 20 September 2018
Rabu, 19 September 2018
Selasa, 4 September 2018
LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA LUMUT KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR
SERI ISKANDAR, 4 SEPTEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai Tentera
Laut DiRaja Malaysia Lumut pada 4 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama.
Tujuan lawatan ini adalah untuk
mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA
di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud
selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator
EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di
lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi
taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa EKSA, Pn. Nur Ishah Bt. Ishah
dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan
lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian
menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan
lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat,
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke
arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan
menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif
SESI TAKLIMAT
TAKLIMAT LAWATAN DI LOBI
LAWATAN DI BAHAGIAN PENTADBIRAN
STOR UTAMA
PEJABAT PENGAJIAN UMUM
KETUA JABATAN ELEKTRIK
KAMSIS TUN FATIMAH
SESI BERGAMBAR DI LOBI
Langgan:
Catatan (Atom)