SERI ISKANDAR, 10
JANUARI 2018 – Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang
pegawai dan kakitangan dari Akedemi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah,
Perak pada 9 Januari 2018 jam 9.00 pagi
bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
Tujuan lawatan ini
adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi
pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En.
Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan
merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi
bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan
dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa EKSA, Pn. Shakila
Bt Zainal dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi
melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan
agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di
agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan
imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan
aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau
dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif
Sebahagian peserta lawatan dari APBM Batu Gajah, Perak
Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Pn. Shakila Bt Zainal
Sesi lawatan di Bilik Fail Utama
Sekitar di kawasan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Melihat contoh Catatan Pergerakan Pegawai
Sesi soal jawab daripada pihak APBM, Batu Gajah, Perak
Lawatan ke Stor Utama