PERLIS, 27 SEPTEMBER
2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri
Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
( EKSA ) pada 27 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Akauntan
Negara Negeri Perlis. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul
Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator
EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.
Sesi taklimat
mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan
berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai
EKSA.
Peserta lawatan telah
dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama
sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan
amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut
kami