Rabu, 19 Jun 2019
Selasa, 18 Jun 2019
GANTUNG BANNER EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI LOBI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN
SERI ISKANDAR, 15 APRIL 2019 - Pemasangan Banner Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hari ini dengan
kerjasama Jawatankuasa Promosi EKSA telah dipasang di luar lobi Pejabat
Pentadbiran bagi mempromosi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
di IKBN Seri Iskandar. Pemasangan Banner ini diadakan pada 18 Jun 2019 pada jam
08.30 pagi bertempat di Lobi Pentadbiran. Turut membantu pemasangan ini En.
Mohd Isa B. Chu Mat Rashid, En. Ahmad Nordin Bin Awang dan En. Mohd Zul Bin
Badru.
Pemasangan
Banner EKSA ini dibantu oleh En. Ibrahim Bin Mat Hussin. Diharap pemasangan
banner dapat membantu menyemarakkan semangat warga IKBN Seri Iskandar untuk
menjayakan matlamat pelaksanaan amalan EKSA dan seterusnya ke arah persijilan
EKSA kali kedua menjelang Ogos 2019.
Terima
kasih kepada En. Ibrahim Bin Mat Hussin yang sudi panjat untuk pasang banner
tadi
Sabtu, 15 Jun 2019
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
SERI
ISKANDAR, 15 JUN 2019 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu,
Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong
Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 15 Jun 2019 jam 08.00 pagi
hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di
kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat
termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan
bersih.
Aktiviti gotong-royong
ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal
terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan Pintu Pagar Utama.
Program ini memberi
peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai
corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia
dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan
kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan
sillaturahim antara pengajar dan pelajar
Langgan:
Catatan (Atom)