Rabu, 16 Oktober 2019
Jumaat, 4 Oktober 2019
LAWATAN BENCHMARKING EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, TERENGGANU
SERI
ISKANDAR, 4 Oktober 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah
menerima kunjungan delegasi seramai 40 orang dari Politekteknik Sultan Mizan
Zainal Abidin, Terengganu pada 4 Oktober 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik
Mesyuarat Utama.
Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA
yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan
pengamalan EKSA di ILIM. Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa
Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Puan Atikah Bt Ab. Rahman bertempat di Bilik
Mesyuarat IKBNSIP.
Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti
IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat,
perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.
Adalah
diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat
berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan
akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing
Rabu, 2 Oktober 2019
HIDUP AMALAN GOTONG-ROYONG
SERI
ISKANDRAR, 2 OKTOBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi
tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari
ini.
Inisiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam
(EKSA) Institut Kemahiran Belia Negara
Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 1
Oktober 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara
usaha menyemai semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan
gotong-royong dalam kalangan generasi belia.
Semua pelajar terbabit termasuk kakitangan IKBNSIP dengan
pengisian program membersihkan kawasan bengkel dan makmal, membuang sawang,
mengecat dinding dan mural.
Program ini antara aktiviti yang dirancang untuk
warga IKBNSIP di sini terutama dalam menyemai semangat kesukarelawan dan
menghidupkan kembali amalan gotong royong dalam kalangan belia. Amalan
gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan
ikatan silaturahim di antara satu sama lain.
Sementara pelajar ini menyifatkan aktiviti gotong
royong yang dianjurkan pihak institut memang memberi manfaat kepada golongan
pelajar kerana aktiviti ini mempunyai banyak mesej tersirat dan tersurat yang
boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.
“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama
Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan
pelajar hari ini.
Di
harapkan aktiviti seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menimba
seberapa banyak pengalaman dalam program sukarelawan sebagai persediaan sebelum
melangkah ke dunia pekerjaan kelak.
Langgan:
Catatan (Atom)