Rabu, 27 November 2019

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 27 NOVEMBER 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 November 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Kementerian Pertahanan Malaysia. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Norhafizah Bt Isa, Jawatankuasa Seranta bersama kakitangan yang lain seramai 7 orang.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Unit Pembangunan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA.

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami









































Jumaat, 22 November 2019

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


HIDUP AMALAN GOTONG-ROYONG


SERI ISKANDRAR, 22 N0VEMBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.

Inisiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam (EKSA)  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 22 November 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara usaha menyemai semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan gotong-royong dalam kalangan generasi belia.

Semua pelajar terbabit termasuk kakitangan IKBNSIP dengan pengisian program membersihkan kawasan bengkel dan makmal, membuang sawang, mengecat dinding dan mural.

Program ini antara aktiviti yang dirancang untuk warga IKBNSIP di sini terutama dalam menyemai semangat kesukarelawan dan menghidupkan kembali amalan gotong royong dalam kalangan belia. Amalan gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan ikatan silaturahim di antara satu sama lain.

Sementara pelajar ini menyifatkan aktiviti gotong royong yang dianjurkan pihak institut memang memberi manfaat kepada golongan pelajar kerana aktiviti ini mempunyai banyak mesej tersirat dan tersurat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.

“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan pelajar hari ini.
Di harapkan aktiviti seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menimba seberapa banyak pengalaman dalam program sukarelawan sebagai persediaan sebelum melangkah ke dunia pekerjaan kelak.

ASTAKA PENTANDBIRAN




CAFETARIA


PERPUSTAKAAN


BILIK SERVER UTAMA


BILIK CPKK



SURAU WANITA


PARKING BAS JABATAN


BILIK FOTOSTAT


BILIK PENGARAH


BAHAGIAN PENTADBIRAN


BILIK CPFA


MAKMAL MEGA







RUANG PENGAJAR ELEKTRONIK



RUANG PEJABAT JPU



BILIK STUDIO






PERPUSTAKAAN


CAWANGAN CPP