Khamis, 27 Oktober 2011

LAWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S


LAWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S DI IKBN SERI ISKANDAR DARI PIHAK KBS

20 OKTOBER 2011(Khamis) – Kami di IKBN Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan 5S dari pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS). Lawatan tersebut merupakan lawatan penandaarasan 5S yang pertama selepas IKBN Seri Iskandar menerima pensijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak MPC pada 11 Oktober 2011 yang lalu. Pelawat terdiri daripada fasilitator, ketua zon dan ahli jawatan kuasa 5S KBS. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat berkaitan 5S IKBN Seri Iskandar dan diteruskan dengan lawatan-lawatan ke sektor-sektor 5S di IKBN Seri Iskandar.

IKBN / IKTBN PERTAMA DIANUGERAHKAN PENSIJILAN AMALAN 5S

Rabu, 12 Oktober 2011

WAJAH KEPUASAN SELURUH WARGA IKBN SERI ISKANDAR



Tuan Pengarah, En. Muzkhairil bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan Pegawai Audit MPC En. Ismail Bin Mohd Noh serta Jawatankuasa Induk 5S mengambil gambar kenangan selepas berjaya memperolehi persijilan amalan 5S.

 
Syabas IKBN Seri Iskandar.
Wajah keriangan dan kepuasan setelah mendapat sijil persekitaran berkualiti Amalan 5s.


Pemeriksaaan audit turut melibatkan bilik fail utama



Stor pusat juga di buat pemeriksaan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada warga IKBN Seri Iskandar kerana hasil penat lelah selama ini telah membuahkan hasil dan mengukirkan sejarah IKBN Seri Iskandar. Pada 11 OKTOBER 2011 merupakan hari istimewa bagiIKBN Seri Iskandar kerana tel;ah diiktiraf sebagai IKBN Pertama Yang Mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S Dari MPC dan seterusnya layak untuk bertanding dalam konvensyen akan datang.






Selasa, 11 Oktober 2011

AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DARI WAKIL MPC PADA 11 OKTOBER 2011

Pegawai Audit dari pihak MPC telah hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Seri Iskandar bagi tujuan Audit  persekitaran 5S untuk penganugerahan Persijilan. Sesi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat IKBN Seri Iskandar di mana Tuan Pengarah, En Muzkhairil bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemahiran, En Amir-Kharul bin Daud selaku koordinator dan semua ketua sektor, sub sektor dan unit turut terlibat dalam taklimat tersebut. Tentatif pelaksanaan Audit adalah merangkumi pemeriksaan dokumentasi dan setiap sektor yang telah di tetapkan.

AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI ( 5S ) OLEH PIHAK MPC

PINDAAN TARIKH AUDIT AMALAN 5S

 Dimaklumkan   bahawa   tarikh  audit amalan 5S di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar oleh pihak MPC telah dipinda pada 11 Oktober 2011 ( Selasa ) sepertimana sebelum ini dijadualkan pada 4 Oktober 2011.

Jumaat, 7 Oktober 2011

HARI GOTONG ROYONG PERDANA 3 PADA 30 SEPTEMBER 2011.


Sebelum menjalankan aktiviti gotong royong perdana 3, En Amir-Kharul bin Daud sebagai Koordinator Amalan 5S  telah memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar. 

Ketua Sektor memberi taklimat dan tugas kepada kakitangan dan pelajar mengikut kawasan. 

Semua pelajar dibahagikan mengikut Sektor yang telah ditetapkan. Terima Kasih kepada Warga IKBNSI yang telah menjayakan aktiviti gotong royong perdana 3 dengan penuh dedikasi dan komited melaksanakan amalan 5S.




Khamis, 6 Oktober 2011

KURSUS AUDIT DALAM AMALAN 5S PADA 29 SEPTEMBER 2011.



Kursus Audit Dalaman Amalan 5S ini dikendalikan oleh Puan Kamelah Dari IKM Lumut.
Kursus ini memberi teknik - teknik mengamalkan Amalan 5S.
Dengan adanya Amalan 5S ini akan mengubah cara menguruskan tempat kerja dan lain- lain.
Terima Kasih kepada Puan Kamelah atas taklimat yang diberikan.