Jumaat, 30 Disember 2011
Khamis, 29 Disember 2011
TAKLIMAT PERSEKITARAN BERKUALITI AMALAN 5S OLEH WAKIL KEMENTERIAN PADA 29 DISEMBER 2011
Majlis taklimat persekitaran berkualiti amalan 5S oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah diadakan pada 29 Disember 2011 di Dewan Dato' Maharajalel IKBN Seri Iskandar, Perak. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai amalan 5S yang dipraktikan di mana semua IKBN/IKBTN/JBS seluruh negeri dikehendaki melaksanakannya. Setiap wakil dari IKBN/IKTBN/JBS seluruh negeri hadir di dalam taklimat tersebut yang disampaikan oleh En. Razali Bin Hj. Mohamed Yassin bersama pegawai yang lain.
Pn. Emiyusida Bt. Yacob selaku pengacara majlis sedang memberi kata-kata aluan majlis kepada para tetamu.
En. Ramli Bin Kosni membaca doa agar majlis yang diadakan diberkati dan berjalan lancar.
En. Razali Bin Mohamad Yassin dari Kementerian Belia Dan Sukan memberi taklimat kepada para tetamu yang hadir
Wakil setiap IKBN/IKTBN/JBS yang hadir dalam sesi taklimat pengenalan amalan 5S.
En. Razali Bin Mohamad Yassin sedang memberikan penerangan pelaksanaan amalan 5S kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir.
Para tetamu di bawa ke Unit Stor Pusat yang diiringi oleh En. Sharifuddin Bin Mohd Rani selaku Jawatankuasa Latihan ( 5S ) bagi melihat persekitaran pelaksanaan amalan 5S tersebut.
Beberapa pegawai dan kakitangan yang hadir mengambil gambar dan melihat fail induk di sudut utama 5S.
En. Kishore Kumar a/l ayyawoo sedang memberi penerangan serba sedikit kuiz 5S kepada para tetamu yang hadir.
Para tetamu membuat lawatan ke sektor 5 dan berkesempatan mengambil gambar di sudut 5S.
Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad berkesempatan menyampaikan cerderahati kepada semua tetamu yang hadir.
Sabtu, 10 Disember 2011
LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI IKBN DUSUN TUA PADA 8 DISEMBER 2011
10 Disember 2011 - Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua telah membuat lawatan penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 08 Disember 2011. Satu sesi taklimat telah diadakan di bawah Jawatankuasa Latihan ( 5S ) di mana taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tn.Hj. Abdul Rahim B. Basri kepada para pegawai dan kakitangan IKBN Dusun Tua mengenai pelaksanaan persekitaran berkualiti amalan 5S dan proses ke arah memperolehi pensijilan amalan 5S.
Rabu, 7 Disember 2011
LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI IKBN SEPANG, SELANGOR PADA 06 DISEMBER 2011
Lawatan penandaarasan amalan 5S daripada pegawai dan kakitanagn Institut Kemahiran Belia Negara Sepang, Selangor ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 6 Disember 2011. Tujuan utama lawatan rasmi ini dilakasanakan adalah untuk memperolehi pengetahuan dan perjalanan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar. Satu Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim B. Basri selaku Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan 5S.
Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang merupakan sektor 1 di mana pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan terutama sekali dari pengurusan sistem fail dan stor bekalan pejabat.
Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset ( CPPA ) yang merupakan unit kecil dalam sektor 5.
Para tetamu di bawa melawat ke Bengkel Kejuruteraan Elektronik di mana amalan 5S dilaksanakan dan penyusunan peralatan di bengkel.
Para tetamu di bawa ke bengkel jahitan dan Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan sedang memberi taklimat dan penerangan mengenai lebel dan penyediaan fail pelajar.
Para tetamu di bawa ke Sekolah Kejuruteraan Elektronik yang mana ianya merupakan sektor 5. Sektor 5 merupakan sektor yang cemerlang dan banyak menerima penganugerahan amalan 5S.
Para tetamu di bawa ke Unit Stor Pusat yang merupakan sektor yang cemerlang dalam kejayaan memperolehi pensijilan amalan 5S.
Sesi bergambar bersama para tetamu dengan Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar serta Jawatankuasa Induk 5S.
Majlis penyampaian cenderahati di mana Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar sendiri menyampaikan cenderahati tersebut kepada wakil dari IKBN Sepang, Selangor.
Langgan:
Catatan (Atom)