Selasa, 26 Februari 2013

LAWATAN PENANDAARASAN DARI IKBN KUALA PERLIS


SERI ISKANDAR, 27 FEB 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan rasmi dari Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis sebagai lawatan penandaarasan amalan 5S pada 26 Februari 2013 jam 2.00 petang di Bilik Pnuematik. Sebelum sesi lawatan dimulakan, sesi taklimat telah diadakan kepada peserta lawatan yang telah disampaikan oleh En. Shariffudin Bin Mohd Rani di bawah Jawatankuasa Latihan. Sesi ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud serta memberi taklimat mengenai pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan di sini. 

       Selepas sesi taklimat, para tetamu dibawa melawat ke kawasan bengkel, bahagian pentadbiran dan stor pusat. Tujuan utama para tetamu di bawa melawat setiap zon adalah untuk memberi pendedahan dan gambaran sebenar pelaksanaan amalan 5S dibuat. Di akhir lawatan, satu sesi bergambar telah diadakan di ruang legar bahagian pentadbiran dan majlis tamat jam 5.00 petang.


En. Amir-Kharul Bin Daud memberi taklimat dan berkongsi pendapat kepada para tetamu dalam melaksanakan amalan 5S.

Para tetamu memberi fokus dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S di IKBN Seri Iskandar

Para tetamu di bawa melawat ke kawasan zon 5 yang telah banyak memenangi anugerah amalan 5S dan kreativiti yang ditonjolkan sebagai panduan.

Melawat ke kawasan bengkel dan gambaran suasana pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan

Peserta lawatan melihat kreaviti yang dibuat di kawasan bengkel


Pn. Syakila Binti Zainal membawa para tetamu melawat ke kawasan pentadbiran dan stor pusat.

Para tetamu melihat suasana pelaksanaan amalan 5S di Bahagian Pentadbiran


Para peserta lawatan mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai bersama kakitangan IKBN Seri Iskandar di ruang legar Bahagian Pentadbiran


Pn. Suhaila Binti Mohd Zain sedang memberi taklimat pelaksanaan amalan 5S di stor pusat kepada para tetamu.

Khamis, 21 Februari 2013

PELANCARAN KEMPEN JOM JIMAT 2013

 
IKBN SERI ISKANDAR, 21 FEB 2013 - Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Ia sebagai satu usaha inovasi yang cuba diimplementasikan dalam usaha menzahirkan impak pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S. Dengan itu, pada 20 Februari 2013 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela telah berlangsungnya pelancaran " Kempen Jom Jimat Amalan 5S " yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli. Turut hadir di majlis pelancaran ini Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En. Mohd Adzlee @ Lee serta kakitangan dan pelajar memenuhi ruang Dewan Dato Maharajalela.
          Tujuan utama Kempen Jom Jimat 2013 ini dilancarkan adalah untuk mensasarkan pengurangan kos operasi IKBN Seri Iskandar dengn mempraktikkan budaya penggunaan berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, bekalan air dan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Di samping itu, beberapa aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan suasana kempen diantaranya seperti pertandingan pidato, pop kuiz dan melukis poster kempen. Dalam aktiviti ini, setiap jurusan menghantar wakil mengikut kategori pertandingan dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan bulanan bulan Mac 2013. Program tamat pada jam 4.30 petang.


 
 
Semua Kakitangan dan Pelajar berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku

 
Pembaca doa diawal majlis oleh pelajar

 
Pn. Emiyusida Bin Yaacob selaku pengacara majlis memberi kata-kata aluan para tetamu yang hadir

 
Kakitangan dan pelajar berkumpul di Dewan Dato Maharajalela bagi meraikan pelancaran kempen jom jimat

 
En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S memberikan sesi taklimat pelaksanaan kempen jom jimat 2013

 
Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli memberikan ucapannya dan merasmikan pelancaran kempenjom jimat 2013

 
Tuan Pengarah diiringi oleh Koordinator Amalan En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En.Mohd Adzlee@Lee menarik reben bunting kempen jom jimat 2013 sebagai tanda perasmian pelancaran kempen jom jimat

 
Pn. Noor Hayati Bt. Sepawi menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 1

 
En. Ahmar Bin Salleh menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 2

 
Pn.Nur Ishah Bt. Ishak menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 3

 
En. Khairul Bin Hashim menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 4

 
Cik Yeow Ying Yin menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 5

 
Barisan penal hakim bagi pertandingan pidato kempen jom jimat

 
Para peserta mempersembahkan pidato berasaskan kempen jom jimat

 
Para peserta setiap jurusan mencuba jawab soalan dalam pertandingan pop kuiz kempen jom jimat

Jumaat, 15 Februari 2013

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI PEJABAT HOSPITAL DAERAH PERAK TENGAH


SERI ISKANDAR, 15 FEB 2013 -  Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) adalah satu konsep yang mementingkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan produktif. Amalan ini juga adalah satu konsep yang mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Amalan 5S merupakan satu kombinasi perkataan yang terdiri daripada perkataan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah terbukti mampu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan imej dan kecemerlangan jabatan. Tanggal 14 Februari 2013 jam 9.00pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan 5S oleh Pejabat Hospital Daerah Perak Tengah tetamu seramai 40 orang diketuai oleh Pengarah Hospital iaitu Dr............

             Sesi taklimat telah diadakan di mana 'slide' amalan 5S disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri yang menyentuh pelaksanaan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar. Seterusnya para tetamu di bawa melawat ke bahagian, cawangan, unit dan sektor bagi menimba pengalaman dan ilmu dalam memperaktikan amalan 5S di tempat kerja masing-masing. Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli dengan para tetamu telah diadakan di ruang legar pejabat pentadbiran dan kewangan s dan majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.


En. Abdul Rahim Bin Basri membentangkan persembahan slide amalan 5S kepada para tetamu yang hadir


Tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S.


 Tetamu mengambil gambar dan melihat setiap sudut pelaksanaan amalan 5S



Beberapa kakitangan hospital melihat cop rasmi yang dilebelkan mengikut penunjuk yang telah ditetapkan


Tetamu di bawa pula melawat ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar


Melihat suasana pembelajaran di bengkel dan pelaksanaan amalan 5S


 Melawat suasana di perpustakaan  


Melawat suasana di Stor Pusat dan gambaran sebenar pelaksanaan amalan 5S dipraktikan.


Gambar bersama Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar Tn. Hj.Fisal Bin Ramli


Cenderamata tulus ikhlas dari Pejabat Hospital Daerah Perak Tengah kepada IKBN Seri Iskandar.