Jumaat, 15 Februari 2013

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI PEJABAT HOSPITAL DAERAH PERAK TENGAH


SERI ISKANDAR, 15 FEB 2013 -  Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) adalah satu konsep yang mementingkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan produktif. Amalan ini juga adalah satu konsep yang mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Amalan 5S merupakan satu kombinasi perkataan yang terdiri daripada perkataan SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL. Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) telah terbukti mampu meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan seterusnya meningkatkan imej dan kecemerlangan jabatan. Tanggal 14 Februari 2013 jam 9.00pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan 5S oleh Pejabat Hospital Daerah Perak Tengah tetamu seramai 40 orang diketuai oleh Pengarah Hospital iaitu Dr............

             Sesi taklimat telah diadakan di mana 'slide' amalan 5S disampaikan oleh Ketua Jawatankuasa Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri yang menyentuh pelaksanaan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar. Seterusnya para tetamu di bawa melawat ke bahagian, cawangan, unit dan sektor bagi menimba pengalaman dan ilmu dalam memperaktikan amalan 5S di tempat kerja masing-masing. Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli dengan para tetamu telah diadakan di ruang legar pejabat pentadbiran dan kewangan s dan majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.


En. Abdul Rahim Bin Basri membentangkan persembahan slide amalan 5S kepada para tetamu yang hadir


Tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S.


 Tetamu mengambil gambar dan melihat setiap sudut pelaksanaan amalan 5S



Beberapa kakitangan hospital melihat cop rasmi yang dilebelkan mengikut penunjuk yang telah ditetapkan


Tetamu di bawa pula melawat ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar


Melihat suasana pembelajaran di bengkel dan pelaksanaan amalan 5S


 Melawat suasana di perpustakaan  


Melawat suasana di Stor Pusat dan gambaran sebenar pelaksanaan amalan 5S dipraktikan.


Gambar bersama Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar Tn. Hj.Fisal Bin Ramli


Cenderamata tulus ikhlas dari Pejabat Hospital Daerah Perak Tengah kepada IKBN Seri Iskandar.