Isnin, 15 Disember 2014
Jumaat, 21 November 2014
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S (EKSA)
SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2014 - Institut
Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan
membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan persekitaran berkualiti
amalan 5S. Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana buat kali - 4 telah
diadakan pada 19 November 2014 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program
ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling
efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti
dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program
gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan
amalan 5S untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke
arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang
cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah diadakan dan pembahagian
pelajar mengikut sektor . Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk
persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit 5S yang akan diadakan pada
bulan Disember 2014 dengan identiti baru mengikut syarat pensijilan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU
Pelajar sedang membersihkan Ketua Unit Hubungan Industri
Pelajar turut membantu dalam melaksanakan amalan 5S
Memastikan budaya amalan 5S sentiasa diamalkan
Pengajar dan pelajar bersama-sama membersihkan Bengkel Elektrik
Pelajar membersihkan di Makmal Fiber Optik
Isnin, 17 November 2014
Isnin, 13 Oktober 2014
Isnin, 15 September 2014
Rabu, 27 Ogos 2014
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AMALAN 5S SESI 2/2014
SERI
ISKANDAR, 28 OGOS 2014 - Amalan
5S membentuk displin warga IKBN Seri Iskandar dengan mengutamakan kebersihan,
kecekapan, kemesraan, ketetapan, penyeragaman dan keselamatan di samping
sentiasa mengamalkan budaya 5S yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan
secara berterusan melalui kerja berpasukan.
Sehubungan dengan
itu, kakitangan IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong
Perdana 5S siri 2/2014 pada 27 Ogos 2014 jam 8.00 pagi bertempat di sekitar Zon
IKBN Seri Iskandar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program gotong-royong
perdana tersebut ialah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak
perlu, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas dan membersihkan
peralatan-peralatan yang ada.
Pelaksanaan
gotong-royong 5S ini juga adalah bertujuan meneruskan semangat kaizen di dalam
diri kakitangan IKBN Seri Iskandar di samping mengaplikasikan 'S' yang berakhir
dalam urutan susunan 5S iaitu 'Sentiasa Amal'. Semua kakitangan telah menunjukkan
semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalankan aktiviti gotong-royong ini
dan menggambarkan talian ukhuwah yang kuat antara semua kakitangan IKBN Seri
Iskandar.
Perubahan sebegini
akan memberi impak yang lebih berkesan kepada setiap kakitangan kerana ini akan
membuatkan segala urusan pejabat berjalan dengan lancar dan memudahkan
komunikasi antara kakitangan apabila semua disatukan di tempat yang sama.
Pelajar sedang mengecat astaka
Cik Erni Bt Zulkifli bersama pelajar membersihkan stor sukan
Peralatan Gimanasium dibersihkan agar peralatan tersebut dalam keadaan baik
Pelajar sedang membersihkan tingkap di Perpustakaan
Kakitangan turut bergotog royong memperindahkan Bahagian Pentadbiran
Pelajar bersemangat menggantikan banner dan bunting amalan 5S yang lusuh kepada yang baru
Pelajar sedang mengecat garisan putih di padang sepak takraw
Pekerja pembersihan turut membantu dalam program gotong-royong amalan 5S
Pelajar membantu Pn. Noorhayati Bt Sepawi membersihkan bunga-bunga hiasan di Dewan
Selasa, 12 Ogos 2014
Khamis, 7 Ogos 2014
TAKLIMAT SESI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) AMALAN 5S
SERI ISKANDAR, 7 OGOS 2014 - Taklimat pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada 6 Ogos 2014 ( Rabu )
jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Majlis ini telah
disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.
Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S bersama Ketua Bahagian
Pentadbiran Dan Kewangan, En. Syed Mohamed Bin Syed Jemalid,
ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, ketua unit, pengajar,
kakitangan, syarikat keselamatan, syarikat pembersihan dan para pelajar.
Taklimat pengenalan EKSA disampaikan oleh Pn. Norhaidah Bt. Riboet,
Pendaftar Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Institut Tanah Dan Ukur
Negara (INSTUN).
Objektif utama
pihak pengurusan tertinggi IKBN Seri Iskandar adalah untuk menambahbaik
pelaksanaan amalan 5S sediada mengikut spesifikasi di bawah MAMPU.
Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi
berprestasi tinggi dan inovasi dalam kalangan agensi-agensi sektor awam
melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi
amalan seluruh warga agensi sektor awam. Selain daripada itu, EKSA juga
memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi
Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira
pelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang
diberikan.
Pada
sebelah petang, sesi taklimat diteruskan kepada semua jawatankuasa
induk dan pelaksana yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Sesi ini
telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan
Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan diteruskan dengan lawatan ke
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan sebagai panduan dan berkongsi ilmu
pengetahuan berkenaan pelaksanaan EKSA.
Kesimpulannya, taklimat EKSA ini bukan bertujuan untuk menggantikan
kongsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik
elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja
yang kondusif. Dengan harapan IKBN Seri Iskandar dapat memperolehi Sijil
Amalan 5S di bawah spesifikasi MAMPU
Pn. Syakila Bt Zainal pengacara majlis memberi kata-kata aluan kepada para tetamu yang hadir
En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator Amalan 5S memberi ucapan perasmian Sesi Taklimat EKSA
Para pegawai dan pelajar yang hadir di Sesi Taklimat EKSA
Pn. Norhaida Bt Riboet memberi taklimat mengenai EKSA di bawah spesifikasi MAMPU
Penglibatan pelajar dalam kuiz yang dianjurkan oleh penceramah
Pelajar memberi tumpuan taklimat yang disampaikan oleh Pn. Norhaida Bt Riboet
Sesi taklimat kepada para juruaudit dalaman Amalan 5S dan jawatankuasa induk serta pelaksana
Sesi lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan melihat pelaksanaan amalan 5S sediada
Pn.Norhaida Bt Riboet memberi komen cara penandaan anak kunci di Bilik Kunci Utama
Sesi bergambar bersama jawatankuasa induk amalan 5S
Sesi bergambar bersama pihak penganjur di bawah Jawatankuasa Latihan Amalan 5S
Khamis, 17 Julai 2014
Khamis, 19 Jun 2014
Khamis, 15 Mei 2014
Khamis, 17 April 2014
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S TAHUN 2014
SERI ISKANDAR, 16 APRIL 2014 - Bagi mengimplemantasikan dan sentiasa mengamalkan persekitaran konduksif di tempat kerja, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengambil anisiatif dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Persekitaran Berkualiti Amalan 5S pada 16 April 2014 jam 08.00 pagi bertempat di sekitar zon. Satu sesi taklimat telah diadakan di padang kawad di mana semua kakitangan dan pelajar berkumpul bagi pembahagian kawasan. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja yang dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan konduksif.
Satu majlis takimat telah diadakan di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S menyampaikan kata-kata amanat kepada semua warga IKBN Seri Iskandar sebelum program gotong-royong perdana dijalankan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persiapan Gerbang Kerjaya Siri 1/2014 pada 24 April 2014. Program tamat pada jam 05.00 petang.
Stor Pusat sediada akan berpindah ke tempat baru di Bangunan Pentadbiran
Sudut Informasi Stor Pusat yang sediada sebelum berpindah ke Bahagian Pentadbiran
Pelajar sedang membersihkan dan membuang perkakasan yang rosak di Stor Bahagian
Hal Ehwal Pelajar ( HEP )
Mengemas dan membersihkan tempat pembelajaran di Makmal Audio Visual
Mengemas dan memasang semula perkakasan komputer di Bengkel Rangkaian Komputer
Membuang sawang yang berada di sekitar siling dan tingkap
Mengemas dan menyusun semula laci pengajar mengikut kesesuaian bilik di Makmal Multimedia Pengarangan Komputer
Pelajar tekun membersihkan setiap sudut dan tempat di Makmal Multimedia Pengarangan Komputer
Cik Gayathiri Pengajar Pengajian Umum sedang mengemaskini sudut 5S
Pelajar turut membantu pengajar bersama-sama membersihkan dan mengemas di Bilik Ketua Jabatan Teknologi Maklumat
Pn. Noorhayati Binti Sepawi bersemangat mengemas fail di Bilik Ketua Unit Kewangan dan dibantu oleh pelajar
Pelajar sedang mengemas dan menghias agar kelihatan seperti berimej korporat di Pejabat Hubungan Industri Dan Promosi
Sebahagian perkakasan dan kabinet Stor Pusat dimasukkan ke tempat baru
Pelajar turut membantu mengemas dan menyusun katil baru di Asrama Tun Perak
Pelajar bersama pengajar sedang mengemas dan membersihkan di Pejabat Pengurusan Kualiti
Tekun membersihkan rak dan menyusun fail di Pejabat Pembangunan Dan Penyelanggaraan Aset
Langgan:
Catatan (Atom)