SERI
ISKANDAR, 28 OGOS 2014 - Amalan
5S membentuk displin warga IKBN Seri Iskandar dengan mengutamakan kebersihan,
kecekapan, kemesraan, ketetapan, penyeragaman dan keselamatan di samping
sentiasa mengamalkan budaya 5S yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan
secara berterusan melalui kerja berpasukan.
Sehubungan dengan
itu, kakitangan IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong
Perdana 5S siri 2/2014 pada 27 Ogos 2014 jam 8.00 pagi bertempat di sekitar Zon
IKBN Seri Iskandar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program gotong-royong
perdana tersebut ialah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak
perlu, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas dan membersihkan
peralatan-peralatan yang ada.
Pelaksanaan
gotong-royong 5S ini juga adalah bertujuan meneruskan semangat kaizen di dalam
diri kakitangan IKBN Seri Iskandar di samping mengaplikasikan 'S' yang berakhir
dalam urutan susunan 5S iaitu 'Sentiasa Amal'. Semua kakitangan telah menunjukkan
semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalankan aktiviti gotong-royong ini
dan menggambarkan talian ukhuwah yang kuat antara semua kakitangan IKBN Seri
Iskandar.
Perubahan sebegini
akan memberi impak yang lebih berkesan kepada setiap kakitangan kerana ini akan
membuatkan segala urusan pejabat berjalan dengan lancar dan memudahkan
komunikasi antara kakitangan apabila semua disatukan di tempat yang sama.
Pelajar sedang mengecat astaka
Cik Erni Bt Zulkifli bersama pelajar membersihkan stor sukan
Peralatan Gimanasium dibersihkan agar peralatan tersebut dalam keadaan baik
Pelajar sedang membersihkan tingkap di Perpustakaan
Kakitangan turut bergotog royong memperindahkan Bahagian Pentadbiran
Pelajar bersemangat menggantikan banner dan bunting amalan 5S yang lusuh kepada yang baru
Pelajar sedang mengecat garisan putih di padang sepak takraw
Pekerja pembersihan turut membantu dalam program gotong-royong amalan 5S
Pelajar membantu Pn. Noorhayati Bt Sepawi membersihkan bunga-bunga hiasan di Dewan