Khamis, 29 September 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) NIBONG TEBAL P.PINANG


SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2016 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi luar iaitu Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Nibong Tebal, P.Pinang pada 28 September 2016 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. 

Lawatan ini diketuai oleh En. Raja Mohd B. Raja Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama 20 kakitangan. Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Bt. Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan. 

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran. 



Pn. Shakila Bt Zainal sedang memberi taklimat EKSA 


Sebahagian peserta yang hadir di sesi taklimat EKSA


Penyampaian cenderahati oleh IKBN Seri Iskandar kepada wakil ILP Nibong Tebal, P.Pinang


 Sesi penyampaian hadiah oleh ILP Nibong Tebal kepada En. Amir-Kharul Bin Daud wakil IKBN Seri Iskandar


Lawatan ke Pejabat Cawangan Pengurusan Kualiti 


Sebahagian peserta berada di bahagian pentadbiran 



Peserta ke Pejabat Stor Utama 


Pn. Suhaila Bt. Mohamed Zain memberi taklimat pelaksanaan EKSA di Stor Utama


Peserta berada di lobi Makmal Elektronik 


Melawat Pejabat En. Khairul Anuar B. Hashim 


Peserta berada di ruang legar Pejabat En.Khairul Anuar B. Hashim


Sesi bergambar bersama AJK Induk EKSA IKBN Seri Iskandar

Selasa, 27 September 2016

LAWATAN PENANDAARASAN IKBN SERI ISKANDAR KE INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA ( IPN ) SABAK BERNAM, SELANGOR


SABAK BERNAM, SELANGOR  27 SEPTEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 September 2016 jam 11.00 pagi bertempat di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam, Selangor. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang. 

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Institut Perakaunan Negara (IPN) telah diadakan di Auditorium. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami.



Rombongan IKBN Seri Iskandar disambut baik oleh pihak IPN


Pelajar MPP IKBN Seri Iskandar turut serta dalam sesi lawatan ini


Sesi Taklimat EKSA oleh pihak IPN Sabak Bernam, Selangor


Peserta rombongan memberi fokus sesi taklimat EKSA



Auditor dari IPN Sabak Bernam menyampaikan info terkini EKSA 


Sesi penyampaian cenderahati 


Lawatan ke Pusat Stor Utama


Suasana di Bilik Mesyuarat Utama


Lawatan di Stor Pusat


En. Abdul Rahim B. Basri sedang menilliti senarai fail utama


Suasana yang kondusif di Tandas 


Suasana di Perpustakaan 


Suasana di Rak Buku


Sesi bergambar di Lobi Pentadbiran


Suasana di Ruang Legar Asrama