SABAK BERNAM, SELANGOR 27 SEPTEMBER 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 September 2016 jam 11.00 pagi bertempat di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam, Selangor. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.
Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Institut Perakaunan Negara (IPN) telah diadakan di Auditorium. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA.
Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami.
Rombongan IKBN Seri Iskandar disambut baik oleh pihak IPN
Pelajar MPP IKBN Seri Iskandar turut serta dalam sesi lawatan ini
Sesi Taklimat EKSA oleh pihak IPN Sabak Bernam, Selangor
Peserta rombongan memberi fokus sesi taklimat EKSA
Auditor dari IPN Sabak Bernam menyampaikan info terkini EKSA
Sesi penyampaian cenderahati
Lawatan ke Pusat Stor Utama
Suasana di Bilik Mesyuarat Utama
Lawatan di Stor Pusat
En. Abdul Rahim B. Basri sedang menilliti senarai fail utama
Suasana yang kondusif di Tandas
Suasana di Perpustakaan
Suasana di Rak Buku
Sesi bergambar di Lobi Pentadbiran
Suasana di Ruang Legar Asrama