Rabu, 22 November 2017

Khamis, 16 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA OLEH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG KE IKBN SERI ISKANDAR, PERAK PADA 15 NOVEMBER 2017


SERI ISKANDAR, 16 NOVEMBER 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, Encik Sharifuddin Bin Noor Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif


Taklimat pelaksanaan EKSA oleh En. Shariffudin Bin Mohd Noor Rani


Lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan


Taklimat disampaikan oleh Cik Malarwilly 


Penerangan tatacara pengurusan stor fail oleh Pn. Azizah Bt Hussain


Projek Inovasi oleh Sektor 2


Lawatan ke Stor Pusat 


Penerangan disampaikan oleh Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain


Lawatan ke Bengkel Elektronik Tahap 3


Pelaksanaan EKSA di Bengkel 


Stot Bahan Guna Habis Elektronik 


Sesi bergambar di lobi pentadbiran 


Penyampaian Cenderahati oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator EKSA kepada wakil USM Pulau Pinang.


Cenderahati dari pihak USM Pulau Pinang kepada En. Amir-Kharul Bin Daud 

Khamis, 9 November 2017

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 14/2017



SERI ISKANDAR, 9 NOVEMBER 2017  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 8 November 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar.


Pelajar membantu menyusun fail di Pejabat Unit Kewangan