SERI ISKANDAR, 16
NOVEMBER 2017 –
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan
pelawat seramai 40 orang pegawai dan kakitangan dari Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal
serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar.
Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan
Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua
Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama
pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh
Jawatankuasa EKSA, Encik Sharifuddin Bin
Noor Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi
melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi
lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi
mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat,
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke
arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan
menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif
Taklimat pelaksanaan EKSA oleh En. Shariffudin Bin Mohd Noor Rani
Lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Taklimat disampaikan oleh Cik Malarwilly
Penerangan tatacara pengurusan stor fail oleh Pn. Azizah Bt Hussain
Projek Inovasi oleh Sektor 2
Lawatan ke Stor Pusat
Penerangan disampaikan oleh Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain
Lawatan ke Bengkel Elektronik Tahap 3
Pelaksanaan EKSA di Bengkel
Stot Bahan Guna Habis Elektronik
Sesi bergambar di lobi pentadbiran
Penyampaian Cenderahati oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator EKSA kepada wakil USM Pulau Pinang.
Cenderahati dari pihak USM Pulau Pinang kepada En. Amir-Kharul Bin Daud