Rabu, 21 Februari 2018

Jumaat, 16 Februari 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 2/2018


SERI ISKANDAR, 16 FEBRUARI 2018 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 15 Februari 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar











Rabu, 14 Februari 2018

Jumaat, 9 Februari 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 1/2018


SERI ISKANDAR, 09 FEBRUARI 2018 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 8 Februari 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar