SERI ISKANDAR, 16
FEBRUARI 2018
- Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi
juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
(IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga
kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan
pengawal keselamatan.
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah
mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 15
Februari 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja
tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi
merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan
ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh
warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta
hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat
merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama
yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim
antara pengajar dan pelajar