SERI ISKANDAR, 7 MAC 2018 – Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat
seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Institut Kemahiran Belia Negara
Jitra, Kedah pada 6 Mac 2018 jam 3.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat
Utama.
Tujuan lawatan ini
adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi
pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En.
Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap
Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama
pelawat di lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan
dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa EKSA, En.
Sharifuddin Bin Mohd Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon
terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan
agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di
agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan
imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan
aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau
dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif