Khamis, 12 Julai 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 4 / 2018


SERI ISKANDAR, 12 JULAI 2018  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 12 Julai 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan pintu.

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar





Surau Lelaki



Stor Pusat




Kolam Ikan 


Astaka Pentadbiran


Garaj Pentadbiran


Stor Peralatan Unit CPP


Bilik Pam Bomba


Proses Untuk Pelupusan


Stor Pelupusan Perabot


Makmal Komputer 



Bilik Pengajar di Jab.Pengajian Umum


Makmal Studio



Makmal Fiber Optik


Makmal Wireless


Stor Pelupusan Elektronik


Tuan Pengarah bersama-sama pelajar 


Rumah Pam 


Stor Elektrik 


KIOSK Keskeb


Garaj Pentadbiran


Bilik Ketua CPP


Surau Wanita


Unit Cawangan Pengurusan Pelajar


Astaka 

POSTER GOTONG ROYONG PERDANA EKSA SIRI 4/2018


Rabu, 11 Julai 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA LUMUT PERAK


LUMUT PERAK, 11 JULAI 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 11 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Lumut, Perak. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Emiyusida Bt Yacob bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Lumut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami











Selasa, 3 Julai 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI POLITEKNIK UNGKU OMAR IPOH KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR


SERI ISKANDAR, 3 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari       Politeknik Ungku Omar Ipoh pada  3 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, En. Sharifuddin Bin Noor Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif