SERI ISKANDAR, 3 JULAI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai
dan kakitangan dari Politeknik Ungku
Omar Ipoh pada 3 Julai 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat
Utama.
Tujuan lawatan ini adalah untuk
mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA
di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud
selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator
EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di
lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi
taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa EKSA, En. Sharifuddin Bin
Noor Rani dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi
melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian
menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan
lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat,
menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke
arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan
menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif