Sabtu, 4 Ogos 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 5/2018


SERI ISKANDAR, 4 0GOS 2018  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 4 Ogos 2018 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih.

Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan pintu. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar


Proses Mengecat Semula Cafe 






Mengecat di Asrama Tun Perak




Mengecat di Cawangan Penyelenggaran Dan Fasliti Aset 




Mengecat Di Jabatan Teknologi Maklumat 



Sudut Go-Green Di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan 



Mengecat Bilik Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan




Mengecat semua batu kaki lima Jalan Raya




Mengecat Besi Geriji Cawangan Pengurusan Kualiti





Mengemas kabel di Pejabat Pengarah IKBN Seri Iskandar