Jumaat, 26 Mac 2021

PENGAUDITAN DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SIRI 1/2021

 

JUMAAT, 26 MAC 2021 - Jawatankuasa Audit EKSA IKBNSIP telah melaksanakan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 pada 22 hingga 23 Mac 2021 sera Bengkel Audit Dalaman Bil. 1/2021 pada 24 hingga 26 Mac 2021 yang bertempat di Perpustakaan. Seramai 14 orang juruaudit terlibat dalam bengkel ini.

Pelaksanaan Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2021 ini adalah untuk memastikan pelaksanaan amalan EKSA berjalan dengan lancar dan baik seterusnya memastikan jabatan ini dapat mengekalkan pensijilan EKSA yang cemerlang.

Setelah audit dijalankan, semua proses pemarkahan dibuat di dalam Bengkel Data Entry. Semua markah dikumpul berserta dengan penemuan bergambar di semua lokasi yang telah diaudit. Semoga semua warga IKBNSIP konsisten dalam mengamalkan EKSA.







Khamis, 18 Mac 2021

LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT, PERAK


SERI ISKANDAR, 18 MAC 2021 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Daerah Dan Tanah Sungai Siput, Perak pada 18 Mac 2021 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Cik Tan Pei Mei. 

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing