Khamis, 18 Mac 2021

LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT, PERAK


SERI ISKANDAR, 18 MAC 2021 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 21 orang dari Pejabat Daerah Dan Tanah Sungai Siput, Perak pada 18 Mac 2021 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di jabatan ini.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Cik Tan Pei Mei. 

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing