Khamis, 23 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH IKBN JITRA, KEDAH

23 FEB 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 23 Februari 2012 bertempat di Bilik Pneumatik jam 9.30 pagi. Lawatan ini telah disertai pegawai dan kakitangan seramai 40 orang dan sesi taklimat telah diadakan kepada para jemputan yang disampaikan oleh Unit Latihan ( Jawatankuasa Latihan 5S ) iaitu Pn. Nur Ishah Bt Ishak mengenai perlaksanaan amalan 5S. Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee bersama jawatankuasa induk amalan 5S yang lain. Para jemputan telah dibawa melawat beberapa bahagian dan sektor seperti Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Asrama Perempuan, Stor Pusat dan Sektor 5. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan sumber informasi dan panduan dalam melaksanakan amalan 5S di tempat sendiri.

Pn. Emiyusida Bt Yacob selaku pengacara majlis memberi kata-kata aluan dan selamat datang kepada para jemputan.

Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Pneumatik, IKBNSI kepada para jemputan yang disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt Ishak mengenai pelaksanaan amalan 5S.

Para jemputan berkesempatan mengambil gambar di setiap sudut persekitaran amalan 5S sebagai panduan dan rujukan dalam melaksanakan amalan 5S di tempat kerja.

Pegawai dan kakitangan dari IKBN Jitra mengambil gambar dan melihat sudut amalan 5S yang dicipta di Sektor Empat ( 4 ) iaitu Bahagian Kejuruteraan Elektronik Industri.

Para jemputan telah dibawa melawat sudut amalan 5S di sektor lima ( 5 ) iaitu Unit Pengajian Umum yang merupakan sektor yang banyak memperolehi anugerah dan hadiah amalan 5S.
Peserta dibawa melawat ke bengkel Audio Visual bagi melihat sendiri gambaran pelaksanaan amalan 5S di bengkel tersebut.

Peserta dibawa melawat di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang merupakan nadi utama perlaksanaan persekitaran amalan 5S.

Peserta telah dibawa melawat ke Asrama Perempuan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan terutama di kawasan bilik pelajar.

Peserta dibawa melawat ke Stor Pusat dan mengambil gambar sudut pelaksanaan amalan 5S sebagai panduan dan rujukan.

Ahad, 19 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH PESERTA BENGKEL SELURUH WAKIL IKTBN / IKBN MALAYSIA

19 Februari 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima kunjungan daripada Peserta Bengkel Persekitaran Amalan 5S seluruh wakil IKTBN / IKBN Malaysia pada 19 Februari 2012 jam 09.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela berjumlah 150 orang. Kunjungan ini diadakan adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan sekaligus merangkap majlis penutupan bengkel tersebut yang diadakan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak. Sesi taklimat telah diadakan dan disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator 5S dan dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan, En. Mohd Ali Bin Jaabar bagi merasmikan majlis penutupan tersebut. Sesi lawatan telah diadakan di mana semua peserta bengkel di bawa ke beberapa bahagian dan sektor seperti Sektor 5, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,  Unit Stor Pusat dan Bengkel.  

En.Sharifuddin Bin Mohd Rani selaku pengacara majlis memberikan kata-kata aluan dan selamat datang kepada semua jemputan yang hadir.

Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri membaca doa bagi menyerikan majlis yang diadakan.

En. Amir-Kharul Bin Daud memberikan ucapan kepada para hadirin mengenai pelaksanaan amalan 5S dijalankan.

Para hadirin di bawa melawat ke beberapa bahagian dan sektor bagi mendapatkan gambaran dan panduan dalam melaksanakan amalan 5S.

Para tetamu melihat sudut 5S induk yang dibina di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan 
Pn. Azizah Bt Hussain memberi taklimat mengenai sistem fail kepada para peserta bengkel 

Para peserta berkesempatan melihat pelaksanaan amalan 5S yang dijalankan di  Bilik Server dan CCTV.

Peserta dibawa melihat suasana amalan 5S yang dijalankan di Bengkel Audio Visual

Majlis Penutupan Bengkel Pelaksanaan Amalan 5S bagi seluruh IKTBN  / IKBN yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu En. Mohd Ali Bin Jaabar diringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud serta menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang hadir.
Setiausaha Bahagian Pengurusan, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu En. Mohd Ali Bin Jaabar menyampaikan cenderahati kepada En. Amir-Kharul Bin Daud sebagai tanda penghargaan.

Para peserta mengambil kesempatan bergambar bersama Setiausaha Bahagian Pengurusan, En. Mohd Ali Bin Jaabar sebagai tanda sokongan pelaksanaan amalan 5S di kementerian.

Selasa, 14 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN 5S OLEH IKBN WAKAF TAPAI


14 FEB 2012  - Jabarn Belia Dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 14 Februari 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat. Sesi taklimat telah diadakan di mana ianya disampaikan oleh Ketua Unit Latihan Amalan 5S, En. Abdul Rahim B. Basri dan taklimat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan, En. Amir-Kharul B. Daud selaku koordinator amalan 5S bersama semua jawatankuasa induk amalan 5S. Sesi lawatan telah diatur di mana pera tetamu dibawa ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S diamalkan serta sebagai panduan dan rujukan.  


Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S memberi penerangan serba sedikit pelaksanaan dan panduan kepada peserta lawatan.


Para tetamu mengambil gambar pelaksanaan amalan 5S sebagai panduan dan rujukan.


Para tetamu berkesempatan mengambil gambar bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud  bersama Ahli Jawatankuasa Induk Amalan 5S.

Khamis, 9 Februari 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN


9 Feb 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan rasmi dari Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan dengan tujuan melihat sendiri perlaksanaan amalan 5S. Lawatan ini disertai pegawai dan kakitangan jabatan seramai 7 orang. Satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat di mana taklimat ini telah dibentang oleh Ketua Unit Latihan AJK Induk 5S iaitu Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee serta jawatankuasa induk yang lain. Para jemputan telah dibawa ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan serta dijadikan panduan dan rujukan dalam melaksanakan amalan 5S di Jabatan.